Thursday, November 19, 2009

Sara yang lasak...


Lasaknye dia...

Saat Mummy Bersalin




Sayang,

Mummy skarang ni happy sgt,..Syukur Alhamdulillah sbb mummy dan daddy dikurniakan seorg permata hati yg mengukuhkan lg ikatan kasih sayang antara mummy dan daddy bernama Aleeya Qaisara..Mummy cukup insaf dgn apa yg berlaku sewaktu melahirkan sayang..Hanya kalimah AllahuAkbar , daddy dan wajah nenek sayang iaitu ibu mummy yg mummy sentiasa ingat ,..

Pada 10 Nov 2009, sewaktu mummy bertemu dgn Dr. Fauziah, bukaan serviks mummy dah 3 cm tanpa mummy sedari..Mummy dan daddy bersetuju untuk melihat sayang awal dpd tarikh jangkaan dan kami memilih tarikh 11 Nov 2009 untuk tarikh kelahiran sayang,.Mummy akan diberikan induce pd pukul 6 pg melalui vagina memandangkan serviks mummy yg nipis dan mudah untuk melahirkan sayang,..Mummy dan daddy terus pulang ke rumah untuk bersiap sedia. Pada mlm sebelum berangkat ke Ampang Puteri, mummy dan daddy sempat berpelukan di atas katil dan kami menangis bersama..Mummy terasa sebak yg teramat,..betul betul sebak,..mummy mengucup tangan daddy sepuas-puasnya memohon keampunan drpd daddy,..

Pada jam 1 pg kami berangkat ke AP,..sebelum mendaftar, mummy dan daddy sempat lg makan malam dan kami dibawa masuk ke bilik pada jam 3 pg..Nak dijadikan cerita,..billik single semua penuh. Kami berada dlm senarai menunggu dan kami akan diberikan bilik single pd keesokan harinya..Sementara tu kami ditempatkan dalam bilik yg mempunyai 2 katil..Mummy menangis lg bile nurse suruh daddy balik memandangkan ada pesakit lain dalam bilik tu..Mummy merayu memandangkan mummy akan diberikan induce lg 3 jam dan akhirnya daddy dibenarkan bersama mummy..Kemudian CTG dipasangkan dan pada jam 5 pg mummy diberitahu untuk bersiap sedia memandangkan Dr. Fauziah menyuruh nurse memasukkan ubat pada jam 5.30pg.

Pada pukul 5.30 pg,..ubat dimasukkan ke dalam vagina mummy dan mummy tido bersama daddy,..Pukul 7 pg,..mummy masih tak rase sebarang contraction dan bile Dr. Fauziah dtg pukul 7.30 pg, bukaan serviks mummy dah 4 cm,.Dr. Fauziah menyuruh nurse membawa mummy ke labor room,..Sementara tu daddy sempat baca Surah Maryam tuk mummy,..Pada pukul 9.30 pg, mummy dan daddy pergi ke labor room dan mummy menukar pakaian,..Pukul 10.10pg,..air ketuban mummy dipecahkan dan malangnye mummy masih lg sihat dan tak merasa sebarang contraction..Akhirnya mummy diberikan induce buat kali kedua melalui kaedah drip,..dan pukul 11.15 pg drip ditambah memandangkan mummy masih lg sihat dan kuat,..Nurse suruh mummy banyakkan selawat dan berzikir memandangkan dos yg ditambah akan menyebabkan mummy mula terasa sakit..

Pada pukul 11.30 pg, buat pertama kali mummy terasa contraction yg amat kuat setiap 2 minit dan sakit belakang yg semakin kerap,..Pd pukul 12 tghhari mummy diberikan jab pain killer memandangkan mummy dah tak larat sgt tp pain killer nampaknye tidak berhasil dan mummy tak nak amik epidural..Sakit belakang berterusan dan pada jam 2.35 ptg,..serviks dah buka 8 cm,…Mummy syukur sgt dan Dr. Fauziah bersiap sedia untuk menyambut sayang,..Tp Allah masih mahu menguji mummy,..bukaan serviks masih lg kekal 8 cm sehingga jam 5 ptg,..

Dr. Fauziah, nurse dan daddy menyuruh mummy selawat dan kuatkan semangat,..Seperti ada sesuatu yg menghalang sayang keluar dan Dr. Fauziah bgtau daddy,..die tak mahu melakukan ceaser dan menyuruh mummy bersabar lg,..Mummy hampir berputus asa kerana di saat-saat akhir mummy takde tenaga dan semua org panik bile wajah mummy dah berubah hampir menjadi hitam kerana mummy dah kekurangan oksigen,..tp bile tiba-tibe mummy terdengar suara daddy dah berubah seperti menangis,.mummy kuatkan semangat dan hanya kalimah AllahuAkbar mummy lontarkan dan dengan pantas Dr. Fauziah menyuruh mummy teran bile serviks dah buka 10 cm dan sayang akhirnya berada dalam dakapan mummy pd jam 5.28 ptg,..Satu yg mummy perasan sgt,..sewaktu sayang menangis di saat sayang dibersihkan oleh jururawat,..sayang membuka mata dan memusingkan kepala memandang sekeliling dan berdiam memandang daddy sambil berkerut seolah berfikir sewaktu daddy mengazankan sayang,..

Saat Sara pertama kali melihat dunia

Mummy betul-betul sebak dan insaf dengan apa yg berlaku sewaktu bersalin,..walaupun mummy sedar dosa-dosa orang yg melahirkan anak hilang, mummy tetap lg berdoa dan menitiskan airmata memohon agar Allah mengampunkan dosa-dosa mummy,..


Sebelum Sara diazankan untuk mendengar kalimah Allah buat pertama kalinya

Mummy dengan daddy berharap dan akan sentiasa berdoa agar sayang menjadi anak yg solehah dan tidak akan sekalipun sayang menoleh muka melupakan mummy dan daddy,..

Ya Allah,..kehidupan kami sempurna kini dan aku memohon agar Engkau sentiasa permudahkan lg jalan buat kami sekeluarga,..Amin,..



Coretan naluri mummy yg kini sedang berada di kampung,..

Thursday, November 12, 2009

Aleeya Qaisara,.Permata Hatiku dan suami,..

Tiada kata-kata yg mampu sy katakan disaat Dr. Fauziah meletakkan Sara ke atas sy,..Terlalu syukur sgt dgn kurniaan Allah,..dan disaat cayang mengazankan Sara,..airmata ini mengalir dan segala kesakitan yg sy alami terus luput dr pandangan,.

Sy masih lg berada di AP dan mlm td sy terasa amat hiba dan sayu,..Selepas melahirkan Sara,..Alhamdulillah Sara berjaya merasai colustrum pertama hasil tunjuk ajar nurse yg sungguh baik hati,..Puas jugak paksa die hisap,..

Mlm td,..Sara susah nak tido,..Sy dan cayang buat keputusan utk menjaga sendiri utk mengelakkan nursery AP memberikan susu formula,..Sara sering terjaga dan menangis dgn syahdu,.Bak kata mak,..mungkin kami tak tanam uri die lg,..Akhirnya die lena dipangkuan sy smpi saat ini,..Percayala,..sejak keluar dr labor room smlm,..sy masih tidak lg berkesempatan untuk berehat,..

Detik-detik sy bersalin sy akan ceritakan kemudian,..smpi satu tahap Dr. Fauziah hmpir membuat keputusan untuk operate memandangkan sy tidak lg mempunyai tenaga untuk meneran apelg sy melahirkan Sara secara induce dgn diberikan drip,..Contraction setiap 2 minit mmg memenatkan sy,..Tp Alhamdulillah, sy bersyukur segalanya berjalan dengan lancar,..Sy mungkin akan discharge hari ni dan cayang akan updatekan blog sy dr semasa ke semasa memandangkan sy akan berehat di kampung,..

Wifi di AP agak lmbt dan cayang wil upload d photos later on,..

Baby's name: Aleeya Qaisara bt Syamsul Izwan
D.O.B: 11/11/09
P.O.B: Ampang Puteri Specialist Hospital
Time : 5.28 pm
Weight : 3.41 kg
Length : 54 cm
Gynae : Dr. Fauziah

Selamat datang sayang,...




Tuesday, November 10, 2009

Doakan sy,..

Sy br balik dr AP, dan Dr. Fauziah ckp sy dah bersedia utk bersalin..tgh bersiap sedia dan menunggu cayang tuk merebus air akar fatimah,.Need to be admitted pg ni,..Dijangka bersalin lepas Zuhur atau Asar esok pg,..

Sy mengharapkan doa anda agar sy selamat bersalin,...Aminn,..

Monday, November 9, 2009

Emosi,..

Makin dekat ngan due ni, sy makin emosi,..giler tak hengat,..sian cayang terpaksa melayan bini die ni,..
(Thats why i love u, cayang),..

Bgn je pagi2,..tetibe cengeng,..air mata meleleh tak tentu pasal,..mmg poyo sgt,..ishkkk,.agak tak suka tau ngan situasi ni,..rase dah tak sabar sgt ni nak bersalin,..Ya Allah,..lmbt lg ke masenya tibe coz im stil fit cume contraction yg dah biase sgt dan dah lali yg teramat sgt,.

Kali ni,.i told cayang,..kalo 'show' keluar je terus g spital takmo tunggu air ketuban kuar,..kekdg tu rase nak induce je sbb mmg dah tak sbr dan dah tak larat,..malam2 asyik terjaga sbb rase mcm air mengalir je kat kaki,..tp bile check takde pape plak,..ishhhkkk,..probably kaki ni dah stat nak membengkak,..pg ni bile tengok cermin,..muke pon dah mcm sembam,..huhu,..dah tak cun,..

Pg sok,.ade appointment ngan Dr. Fauziah lg,..hmmm,..bapela berat my baby ni,..rasenya cam around 3.4 kg la kot,..coz last week 3.2 kg,..Fyi, berat baby normal akan naik 200 gram every week tau,..korang leh refer kat babycenter.com,...

Sayang,..cepatla keluarrrrrrrrrrrr,.........

Sunday, November 8, 2009

Pakar Sakit Puan,..

Apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran anak kita sedangkan kita boleh mendapatkan khidmat doktor wanita untuk tujuan berkenaan.

Walau bagaimanapun, apabila ditanya kepada si isteri, beliau menyatakan beliau takut dengan dengan doktor wanita kerana pengalaman beliau yang tidak baik dengan doktor wanita, ganas, kasar, tak friendly, dan sebagainya.

Kelahiran kedua pula disambut oleh Doktor lelaki yang lebih lembut dan memahami. Alasan ini dijadikan sebab untuk memilih doktor lelaki untuk kelahiran seterusnya.

Adakah alasan ini dibenarkan syara’?

Melihat aurat seseorang itu adalah dilarang didalam Islam. Aurat sesama jenis pun dilarang, inikan pula aurat lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Sabda Nabi saw :-

لا ينظر الرجل إلى عورة الرجل ، ولا المرأة إلى عورة المرأة ..َ

“Seorang lelaki tidak boleh nelihat aurat lelaki yang lain, dan wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain…..” [Hadith Riwayat Muslim].

Asal hukumnya, pesakit wanita hanya boleh berjumpa dengan doktor wanita, melainkan :-

a. Jika kurangnya kepakaran yang terdapat pada doktor wanita tersebut, maka dibenarkan memilih doktor lelaki. Mahramnya dikehendaki berada disampingnya semasa berjumpa dengan doktor tersebut.

b. Jika tiba-tiba sahaja ingin bersalin dan hanya doktor lelaki sahaja yang berada di hospital pada masa itu, maka dibenarkan doktor lelaki merawatnya atas dasar kecemasan.

Berkata bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh :-

َالواجب أن تكون الطبيبات مختصات للنساء ، والأطباء مختصين للرجال إلا عند الضرورة القصوى إذا وجد مرض في الرجال ليس له طبيب رجل ، فهذا لا بأس به ، والله يقول : ( وقد فصل لكم ما حرم عليكم إلا ما اضطررتم إليه ) الأنعام / 119

“Doktor wanita hanyalah merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanyalah merawat lelaki sahaja, melainkan didalam kes yang dalurat, jika seseorang lelaki yang menghadapi penyakit dimana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, dalam kes ini adalah dibenarkan. Firman Allah :
‘Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa’ “.[Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, ms 29].

Didalam kes anda, alasan bahawa doktor wanita ganas, kasar dan sebagainya tidak boleh dijadikan alasan untuk memilih doktor lelaki, melainkan ia memudharatkan. Dalam zaman sekarang, kedapatan ramai doktor wanita yang mempunyai kepakaran didalam bidang gynaecology dan dikalangan mereka juga ada yang sabar dan lembut melayan pesakit. Carilah doktor wanita yang baik bagi menyambut kelahiran bayi anda.

Sekian, wassalam

al-ahkam

Pada awal2 dulu sy pnah berhajat untuk memilih Dr. Hamid Arsyat sbg appointed Gynae kami,..Dalam masa yg sama, sy tetap berusaha mencari seorg Doktor perempuan yg berkaliber dan alim,..Alhamdulillah,.kami berjaya bertemu dgn Dr. Fauziah yg merupakan O&G di Ampang Puteri,..sbb sy sedar, sekiranya waktu darurat dan tiada kepakaran dikalangan doktor perempuan, barulah kita boleh melantik Doktor lelaki,..

Sy dgn cayang sentiasa berdoa dan berharap agar masa sy bersalin nnt,.baby sy akan disambut oleh appointed Gynae kami,..Dr. Fauziah,..walaupun beliau pnah mengatakan pengganti beliau adalah seorg Doktor perempuan sekiranya beliau mempunyai hal,..sy dan cayang masih lg risau, sekiranya on call Doktor adalah Doktor lelaki..

Semoga Allah memakbulkan permintaan kami,..



Dr. Fauziah,..O&G, Ampang Puteri Specialist Hospital



Saturday, November 7, 2009

Den banggo nih,..woohooooo


Amboi,..amboi,..amboi
,..(ishk,..cam Azwan Ali la plak),..my cayang ni nak test market ek!!,..mari kite lihat,..hits pengunjung Teratak Mawar ni bile sy off berpantang,..huhu,.. :) Mcm yg cayang ckp,..biler sy kat kampung nnt,.cayang akan tolong updatekan entry ni sbb kat kampung takde connection,..sadis sungguh,..

Hobin Jang Hobin,..Hobin Jang Hobin,..ewahhhh,..im so proud jd org nogori,..sian Wan Jamak tertekan ngan prediction satu Malaysia yg mengatakan Kelantan akan menang, but what to do, player nogori still d best..dan diorg main sungguh cunnnn ok!!

Hari ni sy sungguh happy sbb mak sy dtg umah ngan abg sy,..remember my previous entry bout my dissapointment tu?? tu la korang,..Everyday wajib bace my blog tau,..hehe,..Syukur Alhamdulillah coz they were here juz now,.. :)

Friday, November 6, 2009

MU-Chelsea lwn N9-Kelantan

Salam sejahtera sume...

Mungkin pelik sket post kali nih, sebab buat julung kalinye, aku nak menulih sket cite yang bakal di"borak"kan sepanjang 2 hari nih..So, pade mane2 pihak yang berharapan untuk bace pasal aisyah or baby aisyah or luahan perasaan aisyah, bleh laa click kat advertisement sebelah kanan or bawah or mane2 yang ade kat blog nih(sebab takut korang tak interested, n sebelom abes bace post nih, korang mungkin akan tertido n sedar2 je laptop/keyboard korang rosak disebabkan air liur yang kuar sepanjang korang tertido tu)

skang nih, untuk kaki2 bola, depe duk cite pasal final piala malaysia untuk sabtu malam, ngan chelsea jupe manutd untuk ahad malam...ade gak sepupu aku yang ajak turun bukit jalil malam bsok tengok nogori lawan kelate...isk2, aku walaupun duk layan bola, to be frank, aku tak brape kenal sangat player2 kite dibandingkan dengan player BPL...skang nih pun, aku bleh petik 2-3 name je yang main untuk final piala malaysia nih n pada masa yang same, aku bleh petik name 22 orang yang bakal main untuk game chelsea-man utd ahad malam nih....

Sebagai contoh, player n9 yang bleh aku petik; aidil zakuan, ke aidil zafuan entah, tu pun aku tak brape sure..pastu kembar die zaquan adha, tak pun zafuan adha..ngan rita rudaini tu...campur shukor adan sket,...haaa, tu je laa player n9 yang aku bleh petik(aku pakai otak je tanpa check kat website2 bola malaysia)..n untuk team kelantan plak, aku bleh letak name khalid jamlus, indra putra, lan zainal(tu pun sebab diorang player perak dulu), campur halim napee tu(goalkeeper yang penah wat flying kick kat badan orang tu)..haaa, tu je laa..

tapi untuk malam ahad pulak, aku bleh petik sume player n possibility 1st eleven untuk dua2 team..player2 macam cech, bosingwa, cole, terry, carvalho, essien, malouda, lampard, ballack, drogba, anelka n van der sar, o'shea, evra, ferdinand, vidic, carrick, scholes, giggs, rooney, berba, tak pun park ji sung, sume tu aku bleh petik tanpa perlu wat rujukan kat mane2

apsal bleh jadi camni??

diorang nih siap duduk nun jauh kat england, pastu siap bangsa ntah ape2 ntah, kite bleh je petik name diorang, tapi bandingkan plak ngan player2 kat malaysia nih...bangsa melayu, india, cina tapi aku tak brape kenal n diorang siap duduk kat same negara lagi ngan aku...tu yang tak paham tu...game kat tv punye laa susah nak tengok kalo liga malaysia nih..tapi kalo BPL ke spanish la liga ke, siap sampai ke subuh ade game depe...

mungkin ade yang ingat post nih sebab prediction untuk dua2 game nih ke..tak pun analysis ke,...heheheh, last2 aku pun wat luahan perasaan gak...

p/s: aku kene start2 nulih nih sebab nanti aisyah tengah berpantang nanti, aku kene post ape2 yang patut kat sini..lagipun aku tak amek port sangat ngan game2 nih, sebab aku sokong yob n arsenal...tapi aku still nak wat prediction gak...disobabkan ese kawin ngan orang nogori, ese nak laa n9 monang malam besok(kalo tak nanti, kene marah plak nanti tetibe je sokong kelate...heheh) n untuk lagi satu game, aku nak depe seri nanti arsenal bleh pick up depe...hish, ade ke p/s pepanjang camnih

p/s no 2: btw, ahad pagi kul 1 lebih, ade game arsenal lawan wolves n mintak2 arsenal teruskan momentum depe...expect gol dari cesc, rvp, arshavin n mungkin samir nasri..up gunners!!!

p:s/ no 3:jangan risau..aku tak tulih dah post smpai aisyah bersalin nanti(takut nanti sume pembace blog aisyah nanti lari...hehehe)

~izo~

Thursday, November 5, 2009

Pening,..

HELPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP!!!
Im having bad headache skang ni,............................
Menciknyeeeeeeeeeeeeeeeee,....
Ohhh blood pressure,..jgnla engkau rase nak naik plak time2 kronik camni,...kasihanilah aku yg tgh tak larat dan sarat skang ni,..

Suhu badan tetibe naik,..


Benda yg paling sy takut dah terjadi mlm smlm,..setelah hampir 9 bulan sy mengandung, buat pertama kalinya suhu badan sy tetibe naik secara mendadak,.Ya Allah,..mmg dah risau sgt,..sib baik sy demam masa cayang dah ade kat umah..sbb sy dgr ade satu kes perempuan mengandung yg demam terpaksa deliver secara ceaser sbb die takde tenaga nak meneran,..

Sy tawakkal je smlm,..cayang nak bwk g klinik tp sy risau kalo nak makan sebarangan ubat apelg bile2 mase je sy leh deliver,..Sy juz kuatkan semangat minum air Zam-Zam pemberian mak lang buat bekalan sy kat labor room nnt,..Hny satu je sy buat yakin dgn kekuasaan Allah dan minta pertolongan dr-Nya..

Alhamdulillah,..suhu badan sy menurun d next day dan sy berharap semuanya berjalan dgn lancar selepas ini,..

Tuesday, November 3, 2009

Mummy n baby r getting well,..


Juz came back from AP,..Alhamdulillah,..my baby is growing well n suprisingly berat sy tak naik (ohh,..sy rase sungguh happy), tp berat baby naik 600 gram,..so now,..my baby's weight is 3.2 kg,.Dr. Fauziah advised me to stay strong n calm sbb mase check td my blood pressure mcm naik,..tp bile checked second time, my BP was back to normal,..probably i was nervous ataupon cayang dah tolong amikkan darah,.tu yg BP cayang naik,..hehe,..

As long as my health condition is normal,..takde masalah n my baby is getting well in my womb,...Dr. Fauziah asked us to wait smpi masenya tiba,..no need to be admitted earlier ataupun amik sebarang ubat,..cuma kalau by next Friday,..stil tak deliver she will give me til 20 Nov then barulah terpaksa induce,..

Pesanan terakhir Dr. Fauziah setiap kali consultation ended,.."Jgn lupe 'bersama' suami ye,.." huhu,..untuk memudahkan proses bersalin,.. :P

Monday, November 2, 2009

Im getting weaker,..


Due 13 Nov,..kalau my baby nak keluar time tu,..meaning dat i hv to wait another 11 days,..but at dis moment my biggest problem is im getting weaker,..Ya Allah,..lemah yg sgt,..dan asyik terbaring atas katil sbb contraction yg sekejap on dan off,..

Tomorrow,..ade appointment ngan Dr. Fauziah n i believe dia akan buat pemeriksaan open serviks,..hopefully sok OS dah buka byk sbb skarang ni bile nak jalan je mmg rase nak keluar dah sgt2,..bag dah lama packed,..bag cayang,.bag sy, bag baby tak lupe juga bag nak bawak balik kg pas kuar dr AP,..Andaikata sok,.sy kena admit takla kelam kabut sgt,..

To all my dearest friends, readers dan tak lupe juga family tersayang,,.mungkin terlalu awal untuk sy katakan sbb skarang ni sy hny menghitung hari dan masa..

Aisyah mintak maaf dr hujung rambut smpi hujung kaki,..mungkin korang pnah terasa ngan sikap or kata-kata Aisyah,..macam2 boleh berlaku kat labor room,.yapp,..im getting nervous at die moment,..tolong doakan Aisyah selamat bersalin ye,..

Sunday, November 1, 2009

Renungan bersama,..

SEMBILAN BELAS HADITH RASULLULLAH S.A.W MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


EMPAT GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA - SUAMINYA

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.

Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas.

Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita

Alkisah Akar Fatimah,.


Rasenya org mengandung ataupun mungkin korang pernah dgr pasal akar Fatimah ni,..selalunya org beli dekat Mekah,..Nak dijadikan cerita lepas confirmed pregnant, mak bg akar Fatimah ni yg mak simpan sejak balik dr Mekah,..Kita hny perlu ikhtiar tp yg menentukan segalanya hanya Allah S.W.T

Akar Fatimah ni dikatakan mampu mengurangkan sakit masa bersalin,..Memandangkan lg 12 hari je lg due date sy nak lahirkan baby ni tiba,..cayang pon rendamla akar Fatimah ni sbb nak bersihkan dulu,..Sblm tu sy baca jugak kat internet,...ade yg percaya kalo akar ni kembang maknanya isteri die semakin dekat nak bersalin,..cayang tak percaya,..ye la,..sbb untuk dapatkan air Fatimah ni mmg kena rendam,..Lagipun bile rendam mmgla die akan kembang,..

So,.akar Fatimah ni pon direndam dan bile dah kembang sy sempat buat lawak ngan cayang,..ntah2 mlm ni sy akan bersalin,..Masa tgh tido,.sy terjaga sbb contraction,..Sbnrnya sy mmg dah tak kisah dgn contraction ni sbb sy dah selalu sgt alami,..tp mlm td,..contraction yg sy alami mmg kuat sgt,..tp sy sabar dulu ingat nak tunggu smpi pg,..lepas solat subuh contraction masih ada dan sy mmg nak ajak cayang g AP,..sy terpk,..ishkk,..agaknye betul psl akar Fatimah ni,..dan seperti biase,..tak lame lepas tu,..contraction dah hilang,..amik koooo,..kalo g AP kan sia-sia je,..then i cried,..terlalu emosi sgt,..mungkin dah tak sabar kot nak bersalin,..lg satu sy dah tak larat dgn false contraction ni,..takut sy dah terlalu lali smpikan sy tak sedar contraction yg sbnrnya,.. :(

Akar Fatimah sebelum di rendam

Akar Fatimah bile dah kembang,..