Apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran anak kita sedangkan kita boleh mendapatkan khidmat doktor wanita untuk tujuan berkenaan.
Walau bagaimanapun, apabila ditanya kepada si isteri, beliau menyatakan beliau takut dengan dengan doktor wanita kerana pengalaman beliau yang tidak baik dengan doktor wanita, ganas, kasar, tak friendly, dan sebagainya.
Kelahiran kedua pula disambut oleh Doktor lelaki yang lebih lembut dan memahami. Alasan ini dijadikan sebab untuk memilih doktor lelaki untuk kelahiran seterusnya.
Melihat aurat seseorang itu adalah dilarang didalam Islam. Aurat sesama jenis pun dilarang, inikan pula aurat lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Sabda Nabi :-
لا ينظر الرجل إلى عورة الرجل ، ولا المرأة إلى عورة المرأة ..َ
“Seorang lelaki tidak boleh nelihat aurat lelaki yang lain, dan wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain…..” [Hadith Riwayat Muslim].
Asal hukumnya, pesakit wanita hanya boleh berjumpa dengan doktor wanita, melainkan :-
a. Jika kurangnya kepakaran yang terdapat pada doktor wanita tersebut, maka dibenarkan memilih doktor lelaki. Mahramnya dikehendaki berada disampingnya semasa berjumpa dengan doktor tersebut.
b. Jika tiba-tiba sahaja ingin bersalin dan hanya doktor lelaki sahaja yang berada di hospital pada masa itu, maka dibenarkan doktor lelaki merawatnya atas dasar kecemasan.
Berkata bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh :-
َالواجب أن تكون الطبيبات مختصات للنساء ، والأطباء مختصين للرجال إلا عند الضرورة القصوى إذا وجد مرض في الرجال ليس له طبيب رجل ، فهذا لا بأس به ، والله يقول : ( وقد فصل لكم ما حرم عليكم إلا ما اضطررتم إليه ) الأنعام / 119
“Doktor wanita hanyalah merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanyalah merawat lelaki sahaja, melainkan didalam kes yang dalurat, jika seseorang lelaki yang menghadapi penyakit dimana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, dalam kes ini adalah dibenarkan. Firman Allah :
‘Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa’ “.[Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, ms 29].
Didalam kes anda, alasan bahawa doktor wanita ganas, kasar dan sebagainya tidak boleh dijadikan alasan untuk memilih doktor lelaki, melainkan ia memudharatkan. Dalam zaman sekarang, kedapatan ramai doktor wanita yang mempunyai kepakaran didalam bidang gynaecology dan dikalangan mereka juga ada yang sabar dan lembut melayan pesakit. Carilah doktor wanita yang baik bagi menyambut kelahiran bayi anda.
Sekian, wassalam
Pada awal2 dulu sy pnah berhajat untuk memilih Dr. Hamid Arsyat sbg appointed Gynae kami,..Dalam masa yg sama, sy tetap berusaha mencari seorg Doktor perempuan yg berkaliber dan alim,..Alhamdulillah,.kami berjaya bertemu dgn Dr. Fauziah yg merupakan O&G di Ampang Puteri,..sbb sy sedar, sekiranya waktu darurat dan tiada kepakaran dikalangan doktor perempuan, barulah kita boleh melantik Doktor lelaki,..
Sy dgn cayang sentiasa berdoa dan berharap agar masa sy bersalin nnt,.baby sy akan disambut oleh appointed Gynae kami,..Dr. Fauziah,..walaupun beliau pnah mengatakan pengganti beliau adalah seorg Doktor perempuan sekiranya beliau mempunyai hal,..sy dan cayang masih lg risau, sekiranya on call Doktor adalah Doktor lelaki..
Semoga Allah memakbulkan permintaan kami,..
Dr. Fauziah,..O&G, Ampang Puteri Specialist Hospital
0 titipan:
Post a Comment