Wednesday, November 30, 2011

Bed time stories for my baby,..

My girl is 2 years skarang ni..Kuat betul membebel..hehe

Sebelum tido, daddy will open youtube for her..few amazing videos,..zikir,..


Rasenya,.kita sebagai orang Islam, tak payahla nak ikut budaya barat sgt baca Bed time Stories la konon nak stimulate brains our children from young age dengan harapan untuk melenakan mereka,.


InsyaAllah one day i will buy a collection of cerita Nabi-Nabi like my father used to buy for me dulu masa kecik-kecik...i believe those are the best reading material yg sesuai dijadikan 'Bed Time Stories' untuk anak-anak kita.

Monday, November 28, 2011

My favourite drink...


Macam dh takde input plak nak tulis....huhu

Layan je la ek...ntah pape....

My fav drink eva....

Nikmatnyaaaaaaaaaaa......





Sunday, November 27, 2011

Subhanallah,..Sara teresak-esak..


Disinilah kita akan berada suatu hari nanti,..

Dua bulan yang lepas rasenya, kami ke Kedah ke rumah abang suami sy. Kami sempat ke kubur melawat kubur Arwah anak buah sy..hanya sempat melihat dunia selama 11 hari..Sayang berada di Jannah,..Alhamdulillah..

Pertama kali sy bawak Sara ke kubur. Kami pon mula membaca Surah Yassin..sy, suami, biras dan bapak mertua sy..Sara hny senyap melihat kami,..

Pada suatu ketika, sewaktu kami tekun membaca, hati sy tetibe terlalu sedih dan sayu. Allahuakbar,..terasa spt Arwah ada bersama kami dan tak semena-mena Sara menangis teresak-esak.. Esakan yg sungguh sayu dan hiba,, mungkin Sara terasa kehadirannya..

Pada mulanya sy tak sedar pasal semua ni dan anggap mungkin tangisan Sara biasa..

Sehinggalah,..

Pada suatu hari, hati sy terdetik membuka youtube dan mencari Asma Ul Husna dan sy membaca bersama,.Sara hny memerhatikan tindakan sy,.

Sekali lg,.tiba2 hati sy sayu dan airmata sy mengalir deras..dan pada masa yg sama Sara menangis teresak-esak,.dan sy kenal tangisan tu, bukan tangisan biasa,..
kami menangis berpelukan..

Sy dpt bayangkan perasaan org yg benar-benar mendapat hidayah dari-Nya,..pasti mendapat kesyahduan dan kesayuan yang luarbiasa,

SALAM MAAL HIJRAH buat semua,.

Semoga kita menjadi insan yg lebih berwibawa..

InsyaAllah,






Congrats BFF!!



My best buddy..Nisa..we're hot mommas and so far both of us are fabulous housewives..weehee..cume aku je lg tak buat Master lg beb..ble la nk g survey Universiti mane nak masuk ni...otak pon takut makin menepu je ni haa..tunggu laki aku grad Master die dlu la..hihi

Frankly speaking..dlu mase blaja kat kampus..kami tak rapat sgt..dah kawin plak leh jd kamcing..hehe..we're ex-Software Engineering holders yg jd housewives..who knows,probably we will back to hectic life after dis kan..

Today, i managed to visit her newborn baby boy..dah 2 heroes dah..my princess plak terkesima tgk baby comel..behave je tengok..

Bau baby yg takde tandingan...

Sara cube nk rapat lg but mommy risau sgt...tangan awak ni dah la cpat merayap anak oiii...



Btw..kitorg nk masuk umah ko je dah lame beb..kagum aku...
Selamat Berpantang Nisa..

Sy masih lg tak dpt visit kwn kesayangan sy..my junior mase blaja dlu..

CONGRATS TO YOU TOO ZAILA!!

InsyaAllah one day we'll meet up..(Jgnla terasa yang, kebetulan dpt visit Nisa sbb attend wedding membe Izo)...dah dkt ngan umah Nisa..

Mommies..

If i can bf my baby till now, no formula milk at all (Sara dh nk masuk 2 tahun sebulan)..

YOU GUYS ALSO CAN!!

Juz ring me for advices tau!!



Tuesday, November 22, 2011

Panduan Mendidik Anak,..


Buat peringatan kita sebagai ibu bapa..

Panduan dibawah merupakan cara-cara terbaik untuk mendidik anak-anak. Tak usahla kita nak tipu yang kita tak pernah naik angin dengan tingkah laku anak yg makin membesar. Ragam serta tindak tanduk mereka memang menguji kesabaran kita.

Sejak sy menjaga anak sy sendiri, kesabaran sy makin teruji. Dulu, kalau anak sy buat perangai kadang2 sy akan babap kat pampers sbb bagi sy anak sy takkan merasa sakit. Sehinggala suami sy tegur dan ckp jangan pukul walaupun babap perlahan dr lutut ke atas. Sila rujuk panduan no 1.

Makin lama, Alhamdulillah, anak sy smakin baik dan mendengar kata. Dulu, sy beranggapan Sara rindukan suasana di taska dan sebab tu memberontak di rumah. Sikit2 meragam dan merenget. Sejak sy membiarkan Sara dgn dunia khayalannya,..ie menyepahkan barang2, kadang2 minum air sengaja tumpahkan dan mcm-mcm lg..lama2 sy sedar yg anak sy dalam proses pembelajaran. Bagi sy, sy rela lap air atau bedak yg tumpah di lantai dpd menghalangnya menguji sesuatu perkara. Lg satu, anak kita meraung sebab tak dapat apa yg dihajati. Let ur child explore everything,..memang penat tp hasil yg kita akan dapat amat memuaskan hati. Lagipun tak lama kita akan menghayati keindahan semua ni sebab anak kita akan membesar dan masa akan berlalu dengan begitu pantas.
Syukur Ya Allah..



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Kongsi info: NurulAmir.

Salam Ukhuwah..~


Album ini merupakan info semoga memberi manfaat kepada kita. amat dialu-alukan untuk sebar dan jemput sahabat lain ke page ini. bukan sahaja kita mendapat manfaat mereka pun perlu juga mendapat manfaat ini. Erti hidup pada MEMBERI
By: LayarMinda

Saturday, November 19, 2011

We love u sayang..

My family came to my hse today pas bwk bonda gi Gleneagles for further check up. Alhamdulillah, dah byk sgt baik. Terima kasih nenek sebab belikan coklat tuk Sara. Mak ngah jgn lupe present Sara ok!!..hehe

My lil princess yg paling happy dpt jupe sepupu kesayangan,.kak Milia n abg Arif die,..Sian Sara, pas sume dah balik terus tdo kepenatan. Bangun je dr tdo tny mane sume org,..

From kak Milia wif love..cute instead of writing my baby's name,.ltak name sndri,..



Sebelum makan, three of them main kat bawah,..nnt dtg tido umah Acu ok!!



Thank u mak long!!

Sara anta mak ngah balik!!

Muka dah sedih dah,..

Ehh,..sayang,..nak gi mane tu,..babai sume,..nnt dtg umah Sara lg k!!


Monday, November 14, 2011

Review Teater Badai Semalam..

Wif my fav actress Erra Fazira,..suke sgt,..\(^-^)/


Novel Badai Semalam hasil nukilan penulis tersohor , Khadijah Hashim sedang dipentaskan di Istana Budaya,..Tarikh 13 Nov 2011 merupakan pengalaman paling manis sy. Bak kata suami, hadiah hari jadi sempena melahirkan Sara pada 11/11/09. Bukan Sara yg dapat hadiah tapi mommy die. Kali ni suami sy menjaga Sara walaupun ada kerja perlu diuruskan. Ada anak ni, peluang kite nak bergembira terbatas sket jd perlu la kita bertolak ansur kan..kadang-kadang nak minta tolong orang segan plak apalg kalau permintaan kita takde balasan ataupun jawapan..Thanks sayang sbb sanggup berkorban untuk menggembirakan hati isteri..





Mulanya sy dah buat booking on 20 Nov @ 3 pm, but was cancelled sbb last minute my bff dpt secure tickets on 13 Nov @ 8.30 pm. Seat plak not bad and the view was really nice. Area Stalls.



Seating arrangement u guys leh check kat website IB tp macam tak betul sgt...sbb our seat yg harga RM70 kat tempat lain,..yg penting view mmg TERBAIKKK!!,..





Our seats ,..sile tgk anak panah,..dekat ngan pintu keluar yg amat dekat dgn tmpt artis nak duduk untuk sesi sign autograph, bergambar,..sbb tu sy antara org yg terawal dpt snap gambar diorg,..(mulanye tak mau sbb sedar diri kan diri ni bini orang dan dah ade anak,..tp sbb mmg dah depan,..why not teruskan,..hubby pon ok!!,..weeheee)


Sebelum Sara and daddy die g lepak kat KLCC,..Sara begitu kagum dgn poster diorg ni,..



Nampak banner Upin Ipin, excited sangat my baby ni,..



I reached IB around 6.30 pm sbb nak solat Maghrib kat sane siap2..around 8 pm,..my bff sampai,..Sara ngan daddy pon dah takde..in fact, daddy yg plan nak bawak Sara merayau tak jadi sbb Sara tdo,..hehe


Our seats,..not bad kan!!



Since my camera stil lg tak fix, im using my hp,..so gambar tak begitu clear...Aaron wif Erra,..




Thumbs up to Badai Semalam and the team..walaupon ade yg cakap props agak simple..


After the show, fans tgh queue,..





Ziela Jalil,..she's so sweet,..



Jasmin Hamid as Dora. Serius she's so hot,..watak die sbg gf Aaron kat kelab malam,..so ade la adegan yg tak brape sesuai kan. Mase last skali ble casts introduction, viewers paling ramai tepuk tuk die n Emelda,..


Emelda as Mahani and Fizz Fairuz as Zaki,..





Peace yooo...amikkk,..khas buat peminat Aaron Aziz aka Seth, Irfan, Zaman, Awal and Karim,..

Sinopsis Badai Semalam dr sudut Teratak Mawar..

Badai Semalam dipilih oleh pihak Istana Budaya sempena dengan Minggu Bahasa. Watak Mazni yg dipegang oleh Erra Fazira betul-betul sesuai dengan perwatakan Erra yang lemah lembut, tapi masih berhati cekal untuk mencapai cita-cita. Saya memang meminati Erra Fazira dari dulu lagi dan penghayatan Erra dalam menjiwai roh dan semangat Mazni benar-benar membuatkan saya seperti berada dalam bayangan dan semangat Mazni. Keazaman dan semangat beliau untuk menjadi seorang Doktor walaupun terdapat pelbagai halangan dan dugaan. Lakonan Ziela Jalil sebagai Habibah, ibu Mazni pula berjaya membuka minda saya bahawa anak orang gaji juga layak untuk berjaya dan mempunyai taraf yang sama seperti orang kebanyakan.

Ketulusan dan kesetiaan Zaki lakonan Fizz Fairuz memang sesuai sgt. Teringat saya dengan watak Aidil dalam siri Nur Kasih. Sifat Zaki seorang yg tabah, setia dan ikhlas membantu Mazni hingga ke penghujungnya.

Memang bosan kalau setiap drama sentiasa disulami kesedihan. Kehadiran Karim lakonan Aaron Aziz benar-benar menceriakan suasana. Syabas buat Pengarah dan pihak Istana Budaya kerana mengambil Aaron Aziz yang sedang meningkat popular sekarang ni. Permulaan je, penonton dah menjerit memanggil nama Aaron.

Bagi saya, watak sampingan yg harus mendapat pujian adalah Mahani lakonan Emelda dan juga Dora lakonan Jasmin Hamid. Mahani menjalankan tugas untuk menghasut Rohana lakonan Umie Aida untuk menghalau Habibah dan Mazni yang masih lagi menetap di rumah Rohana. Keadaan Habibah yang sakit menyebabkan Habibah tidak lagi bekerja tapi masih menetap di rumah Rohana kerana belas kasihan suaminya En. Haris lakonan Iqbal. En. Haris turut menyara pelajaran Mazni.



Nak tahu kesudahan cerita ni,..tengok la Teater Badai Semalam ni ek slagi tiket masih ade,..:)


Badai Semalam @ Istana Budaya..
















Juz reached home..im havin great moment wif my bff...
To my hubby..thank you so much sbb bg mommy enjoy kejap and tolong jagakan Sara..

love u sayang...

Will update u guys later ok..