Monday, November 14, 2011

Review Teater Badai Semalam..

Wif my fav actress Erra Fazira,..suke sgt,..\(^-^)/


Novel Badai Semalam hasil nukilan penulis tersohor , Khadijah Hashim sedang dipentaskan di Istana Budaya,..Tarikh 13 Nov 2011 merupakan pengalaman paling manis sy. Bak kata suami, hadiah hari jadi sempena melahirkan Sara pada 11/11/09. Bukan Sara yg dapat hadiah tapi mommy die. Kali ni suami sy menjaga Sara walaupun ada kerja perlu diuruskan. Ada anak ni, peluang kite nak bergembira terbatas sket jd perlu la kita bertolak ansur kan..kadang-kadang nak minta tolong orang segan plak apalg kalau permintaan kita takde balasan ataupun jawapan..Thanks sayang sbb sanggup berkorban untuk menggembirakan hati isteri..





Mulanya sy dah buat booking on 20 Nov @ 3 pm, but was cancelled sbb last minute my bff dpt secure tickets on 13 Nov @ 8.30 pm. Seat plak not bad and the view was really nice. Area Stalls.



Seating arrangement u guys leh check kat website IB tp macam tak betul sgt...sbb our seat yg harga RM70 kat tempat lain,..yg penting view mmg TERBAIKKK!!,..





Our seats ,..sile tgk anak panah,..dekat ngan pintu keluar yg amat dekat dgn tmpt artis nak duduk untuk sesi sign autograph, bergambar,..sbb tu sy antara org yg terawal dpt snap gambar diorg,..(mulanye tak mau sbb sedar diri kan diri ni bini orang dan dah ade anak,..tp sbb mmg dah depan,..why not teruskan,..hubby pon ok!!,..weeheee)


Sebelum Sara and daddy die g lepak kat KLCC,..Sara begitu kagum dgn poster diorg ni,..



Nampak banner Upin Ipin, excited sangat my baby ni,..



I reached IB around 6.30 pm sbb nak solat Maghrib kat sane siap2..around 8 pm,..my bff sampai,..Sara ngan daddy pon dah takde..in fact, daddy yg plan nak bawak Sara merayau tak jadi sbb Sara tdo,..hehe


Our seats,..not bad kan!!



Since my camera stil lg tak fix, im using my hp,..so gambar tak begitu clear...Aaron wif Erra,..




Thumbs up to Badai Semalam and the team..walaupon ade yg cakap props agak simple..


After the show, fans tgh queue,..





Ziela Jalil,..she's so sweet,..



Jasmin Hamid as Dora. Serius she's so hot,..watak die sbg gf Aaron kat kelab malam,..so ade la adegan yg tak brape sesuai kan. Mase last skali ble casts introduction, viewers paling ramai tepuk tuk die n Emelda,..


Emelda as Mahani and Fizz Fairuz as Zaki,..





Peace yooo...amikkk,..khas buat peminat Aaron Aziz aka Seth, Irfan, Zaman, Awal and Karim,..

Sinopsis Badai Semalam dr sudut Teratak Mawar..

Badai Semalam dipilih oleh pihak Istana Budaya sempena dengan Minggu Bahasa. Watak Mazni yg dipegang oleh Erra Fazira betul-betul sesuai dengan perwatakan Erra yang lemah lembut, tapi masih berhati cekal untuk mencapai cita-cita. Saya memang meminati Erra Fazira dari dulu lagi dan penghayatan Erra dalam menjiwai roh dan semangat Mazni benar-benar membuatkan saya seperti berada dalam bayangan dan semangat Mazni. Keazaman dan semangat beliau untuk menjadi seorang Doktor walaupun terdapat pelbagai halangan dan dugaan. Lakonan Ziela Jalil sebagai Habibah, ibu Mazni pula berjaya membuka minda saya bahawa anak orang gaji juga layak untuk berjaya dan mempunyai taraf yang sama seperti orang kebanyakan.

Ketulusan dan kesetiaan Zaki lakonan Fizz Fairuz memang sesuai sgt. Teringat saya dengan watak Aidil dalam siri Nur Kasih. Sifat Zaki seorang yg tabah, setia dan ikhlas membantu Mazni hingga ke penghujungnya.

Memang bosan kalau setiap drama sentiasa disulami kesedihan. Kehadiran Karim lakonan Aaron Aziz benar-benar menceriakan suasana. Syabas buat Pengarah dan pihak Istana Budaya kerana mengambil Aaron Aziz yang sedang meningkat popular sekarang ni. Permulaan je, penonton dah menjerit memanggil nama Aaron.

Bagi saya, watak sampingan yg harus mendapat pujian adalah Mahani lakonan Emelda dan juga Dora lakonan Jasmin Hamid. Mahani menjalankan tugas untuk menghasut Rohana lakonan Umie Aida untuk menghalau Habibah dan Mazni yang masih lagi menetap di rumah Rohana. Keadaan Habibah yang sakit menyebabkan Habibah tidak lagi bekerja tapi masih menetap di rumah Rohana kerana belas kasihan suaminya En. Haris lakonan Iqbal. En. Haris turut menyara pelajaran Mazni.



Nak tahu kesudahan cerita ni,..tengok la Teater Badai Semalam ni ek slagi tiket masih ade,..:)


0 titipan: