Wednesday, September 14, 2011

Anak meninggal sebab demam,..

Tajuk ni memang menakutkan,.Betul tak?? Terutama skali buat kaum ibu kat luar sana.
Baru beberapa hari lepas saya buat entri pasal anak demam, tak lama lepas tu saya dapat tahu pasal kematian anak aktres Safura. Puncanya adalah demam.

Sedih bile baca kenyataan Safura. Anak dia dah besar dan demam 3 hari tak kebah terus meninggal. Sebab tu la kalau ada ibu yg tetap hantar anak ke taska atau ke baby sitter sy tetap tak setuju. Macam-macam boleh berlaku sekarang ni. Dan sebab tu juga la kalau anak sy demam masa sy kerja dulu sy akan amik EL smpi die sihat sepenuhnya,..bukan sebab sengaja atau malas,..MAJIKAN2 kat luar sana tolongla faham boleh tak!!

Sebelum keadaan menjadi teruk baik kita cuba mengawalnya. Kita jgn ingat kalau anak kita dah besar, Allah takkan duga. Kita semua termasuk sy sendiri kena la sentiasa muhasabah diri selalu. Jangan amik ringan semua benda terutama yg melibatkan keluarga.

Artikel bawah ni sy amik dr blog beautifulnara.com..buat renungan kite semua..

Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan. Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun. Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan. Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana.


0 titipan: