Thursday, November 10, 2011

*Selamat Hari Jadi Sayang-11/11/11*

Selamat Hari Jadi Sayang,..anak mommy ni dah 2 tahun,..sekejap sgt masa berlalu,..Allahuakbar,..



Sayang,

Mummy skarang ni happy sgt,..Syukur Alhamdulillah sbb mummy dan daddy dikurniakan seorg permata hati yg mengukuhkan lg ikatan kasih sayang antara mummy dan daddy bernama Aleeya Qaisara..Mummy cukup insaf dgn apa yg berlaku sewaktu melahirkan sayang..Hanya kalimah AllahuAkbar , daddy dan wajah nenek sayang iaitu ibu mummy yg mummy sentiasa ingat ,..

Pada 10 Nov 2009, sewaktu mummy bertemu dgn Dr. Fauziah, bukaan serviks mummy dah 3 cm tanpa mummy sedari..Mummy dan daddy bersetuju untuk melihat sayang awal dpd tarikh jangkaan dan kami memilih tarikh 11 Nov 2009 untuk tarikh kelahiran sayang,.Mummy akan diberikan induce pd pukul 6 pg melalui vagina memandangkan serviks mummy yg nipis dan mudah untuk melahirkan sayang,..Mummy dan daddy terus pulang ke rumah untuk bersiap sedia. Pada mlm sebelum berangkat ke Ampang Puteri, mummy dan daddy sempat berpelukan di atas katil dan kami menangis bersama..Mummy terasa sebak yg teramat,..betul betul sebak,..mummy mengucup tangan daddy sepuas-puasnya memohon keampunan drpd daddy,..

Pada jam 1 pg kami berangkat ke AP,..sebelum mendaftar, mummy dan daddy sempat lg makan malam dan kami dibawa masuk ke bilik pada jam 3 pg..Nak dijadikan cerita,..billik single semua penuh. Kami berada dlm senarai menunggu dan kami akan diberikan bilik single pd keesokan harinya..Sementara tu kami ditempatkan dalam bilik yg mempunyai 2 katil..Mummy menangis lg bile nurse suruh daddy balik memandangkan ada pesakit lain dalam bilik tu..Mummy merayu memandangkan mummy akan diberikan induce lg 3 jam dan akhirnya daddy dibenarkan bersama mummy..Kemudian CTG dipasangkan dan pada jam 5 pg mummy diberitahu untuk bersiap sedia memandangkan Dr. Fauziah menyuruh nurse memasukkan ubat pada jam 5.30pg.

Pada pukul 5.30 pg,..ubat dimasukkan ke dalam vagina mummy dan mummy tido bersama daddy,..Pukul 7 pg,..mummy masih tak rase sebarang contraction dan bile Dr. Fauziah dtg pukul 7.30 pg, bukaan serviks mummy dah 4 cm,.Dr. Fauziah menyuruh nurse membawa mummy ke labor room,..Sementara tu daddy sempat baca Surah Maryam tuk mummy,..Pada pukul 9.30 pg, mummy dan daddy pergi ke labor room dan mummy menukar pakaian,..Pukul 10.10pg,..air ketuban mummy dipecahkan dan malangnye mummy masih lg sihat dan tak merasa sebarang contraction..Akhirnya mummy diberikan induce buat kali kedua melalui kaedah drip,..dan pukul 11.15 pg drip ditambah memandangkan mummy masih lg sihat dan kuat,..Nurse suruh mummy banyakkan selawat dan berzikir memandangkan dos yg ditambah akan menyebabkan mummy mula terasa sakit..

Pada pukul 11.30 pg, buat pertama kali mummy terasa contraction yg amat kuat setiap 2 minit dan sakit belakang yg semakin kerap,..Pd pukul 12 tghhari mummy diberikan jab pain killer memandangkan mummy dah tak larat sgt tp pain killer nampaknye tidak berhasil dan mummy tak nak amik epidural..Sakit belakang berterusan dan pada jam 2.35 ptg,..serviks dah buka 8 cm,…Mummy syukur sgt dan Dr. Fauziah bersiap sedia untuk menyambut sayang,..Tp Allah masih mahu menguji mummy,..bukaan serviks masih lg kekal 8 cm sehingga jam 5 ptg,..

Dr. Fauziah, nurse dan daddy menyuruh mummy selawat dan kuatkan semangat,..Seperti ada sesuatu yg menghalang sayang keluar dan Dr. Fauziah bgtau daddy,..die tak mahu melakukan ceaser dan menyuruh mummy bersabar lg,..Mummy hampir berputus asa kerana di saat-saat akhir mummy takde tenaga dan semua org panik bile wajah mummy dah berubah hampir menjadi hitam kerana mummy dah kekurangan oksigen,..tp bile tiba-tibe mummy terdengar suara daddy dah berubah seperti menangis,.mummy kuatkan semangat dan hanya kalimah AllahuAkbar mummy lontarkan dan dengan pantas Dr. Fauziah menyuruh mummy teran bile serviks dah buka 10 cm dan sayang akhirnya berada dalam dakapan mummy pd jam 5.28 ptg,..Satu yg mummy perasan sgt,..sewaktu sayang menangis di saat sayang dibersihkan oleh jururawat,..sayang membuka mata dan memusingkan kepala memandang sekeliling dan berdiam memandang daddy sambil berkerut seolah berfikir sewaktu daddy mengazankan sayang,..

Saat Sara pertama kali melihat dunia

Mummy betul-betul sebak dan insaf dengan apa yg berlaku sewaktu bersalin,..walaupun mummy sedar dosa-dosa orang yg melahirkan anak hilang, mummy tetap lg berdoa dan menitiskan airmata memohon agar Allah mengampunkan dosa-dosa mummy,..


Sebelum Sara diazankan untuk mendengar kalimah Allah buat pertama kalinya

Mummy dengan daddy berharap dan akan sentiasa berdoa agar sayang menjadi anak yg solehah dan tidak akan sekalipun sayang menoleh muka melupakan mummy dan daddy,..

Ya Allah,..kehidupan kami sempurna kini dan aku memohon agar Engkau sentiasa permudahkan lg jalan buat kami sekeluarga,..Amin,..



Coretan naluri mummy yg kini sedang berada di kampung,..



2 titipan:

Anonymous said...

hape bezday sara, luv u always nanti makngah belikan gift from Singapore howkay

Mawar said...

Sara nak ipad2 tau mak ngah,..haha