Sunday, October 23, 2011

Istidraj,..

Malam ni sy terdetik nak buat entri bertajuk Istidraj,..mungkin sy tak layak nak menulis panjang sbb sy sedar ilmu sy pon masih lg tak berada di tahap yg begitu sempurna,..tapi,..pernah tak kite terfikir kenapa orang yg selalu meninggalkan suruhan Allah sentiasa mendapat nikmat yg berlipat ganda,..

Tipu kalau sy katakan sy tak pernah merintih dgn ujian Allah,..sewaktu sy bekerja dlu,.smakin Allah menguji sy, smakin sy hampir kepadaNya walaupun hati kecil sy terdetik kenapa mereka yg lain begitu aman dan bahagia malah sifat angkuh dan bongkak dah mula menjelma. Kesalahan kecil kite dianggap besar dan sanggup memulaukan kite. Tapi, sy tak heran langsung asalkan sy tidak kehilangan Allah. Allah akan menbalas juga mungkin dgn cara lain yg kita sendiri tak tahu.

ISTIDRAJ,...

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.


Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.



Manusia zaman skarang terutama golongan muda yang tidak mengenal lagi erti hidup yg sebenar sudah menjadi alpa dan leka. Baru ada kereta sudah menjadi sombong dan angkuh. Rasulullah SAW naik ke langitpun tidak sombong. Kita kena sedar yang bila-bila masa Allah boleh menarik rezeki kita.


Alhamdulillah, saya semakin tenang dan semakin hampir denganNya.


Buat renungan kita bersama,...


*Rujukan: Halaqah.net dan mymesra.com.my*


4 titipan:

Lin Raduan said...

I love this post very2 much~! <3

Hidup sederhana lebih senang hati kan :D

Mawar said...

Sis..tu yg blaku zaman skarang ni n i dah alami sendiri..mereka berjaya, jd makin bongkak dan lupa kan Allah..hidup sederhana mmg lg bagus..dpd byk duit smpi kite abaikan tggjawab sbg seorg muslimah..dan i panas gile kalau ade yg boleh melepak or tgk wayang berjam2 tp solat yg sekejap tak nak plak..belum lg yg beriya2 mengerjakan atau menggantikan puasa tp solat 5 waktu terabai..dah lupe rukun Islam...ntahla..

sisanizu said...

Betul..yg penting kita kene redha dan bersangka baik dgn Allah..kadang2 kita bila susah kita sedih dan merintih dgn Allah,, padahal apa yg kita ada juga merupakan rezeki....semoga kita semua dalam rahmat Allah selalu...amin

Mawar said...

Sarah..betul..kite kena sentiasa bersyukur dgn ketentuan Allah..Aisyah berdoa sgt agar kita tak termasuk dlm golongan istidraj ni..