Emosi sy masih lg tak tenteram..tambahan pula sy tak boleh solat. Sara sjk 4 hari kat kampung asyik nangis..2 hari pertama sy hilang sbr smpi Sara kena babap kat pampers. Akibatnya, sy yg nangis teruk sbb terlalu sedih, penat dan tertekan. Kite sebagai seorg ibu boleh tahu cara nangis anak yg biasa dan yg bukan biasa.
Seperti biasa, semua sy dah check..dah bg makan..dah check pampers..dah check kalau kena gigit insect ke..baju ketat ke..dah buat video call ngan hubby..Sara still meraung dgn sepuas-puasnya setiap malam..Sy menangis teresak-esak memohon agar Allah menjauhkan benda yg tak elok dan biarla sy yg menanggung kesakitan anak sy. Sy dan Sara menangis bersama dan akhirnya Sara terlelap dlm dakapan sy ble sy baca ayat Kursi dan surah Al-Ikhlas..Bile Sara sedar terus mintak air zam zam yg bonda tawarkan. Sara main macam biasa dan tak nangis lg..
Hari ni suami sy akan balik dr Penang..pg td Sara bgn mcm biasa..Allahuakbar..tgh hari td Sara nangis balik..teruk sgt..yang paling sy cuak dan cemas bile Sara keluar dr bilik dan berlari keluar sambil panggil daddy. Bonda ckp biar Sara lari..kite ikut..Sara masuk dlm bilik sy dan tny sy, "Mi..daddy ne?"..pastu Sara nangis balik.. Sy tahu Sara rindu kat daddy die..Sy masih tak boleh terima hakikat yg Sara mungkin kena Sawan tangis mcm bonda ckp sbb pertama kali jadi teruk mcm ni..Sy pnah dgr benda benda ni plak kdgkala boleh menyerupai org sekitar kite. Sabar sayang, hari ni daddy balik..
Camne la daddy nk g China bulan dpn ni..lg lama plak tu..
Sy terus download ayat Ruqyah Syariah dan bg Sara dgr. Sara tgh tdo lena skarang ni..Sy baca dkt website Darussyifa tentang fadhilat ayat ni. Korang leh download dkt sini..http://www.4shared.com/audio/X9MJSKrh/Sh_Uthmaan_Iqbal_RuqyaShariyah.html
Bagi bayi yang selalu menangis (sawan tangis) atau meragam pada waktu malam, mungkin ayat-ayat dari Ruqyah Syariah boleh membantu. Antara fadhilat ayat RUQYAH SYARIAH ini adalah: mengubat fikiran runsing/jiwa gelisah/khayalan, Pembatal Sihir (Saka/Santau), Pagar Rumah,(Pengusir Jin & Syaitan), ketenangan rumah tangga, penambat kasih sayang antara anak/ibubapa, Pendarahan berpanjangan bagi wanita (istihadah), menguatkan ingatan dan hafalan dalam pembelajaran.
Cara menggunakan Ruqyah Syariah ini:
Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu :
1. Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat)
2. Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3. Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4. Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
5. Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
6. Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.
Sy dapat maklumat ni semua dr website Darussyifa..
2 titipan:
Alah ciannya Sara...Annak daddy sungguh :) Ayat-ayat tu mmg bagus, tp jgn pasang dalam kereta ye.
Huhu..nnt sama2 mengantuk dlm keta..
Post a Comment