"Tangan baby ade bau tomyam tak",..daddy tny mommy mase mommy nak sediakan makan malam,..mommy menggelengkan kepala dan daddy terus panggil mommy..Daddy terus peluk mommy sambil tengok sayang yg tgh nyenyak tido,..
Soalan pertama daddy kat mommy.."Baby ingat tak time ni kite kat mane?"..sekilat pantas airmata mommy mengalir laju,..suara daddy teresak-esak,..Allahhuakbar,..kami berdua menangis sayang, sebab setahun yg lepas pada waktu yg sama jam 9.30 mlm,..kami sedang menikmati makanan kami di Restoran Pelita hanya beberapa jam sebelum mommy nak melahirkan sayang..
Tepat jam 12 tgh malam daddy bawak mommy ke Ampang Puteri sbb mommy akan diberi induce pukul 6.30pg pada keesokan harinya iaitu 11 Nov 2009. Kami sengaja memilih tarikh 11 Nov sbb mommy tak nak doctor lain menyambut sayang kecuali Dr. Fauziah memandangkan Dr. Fauziah akan ke luar negara pada 12 Nov selama seminggu. Tepat jam 5.28 ptg pada hari yg sama, sayang lahir ke dunia. Setahun berlalu dengan begitu pantas sekali,..
Syukur Alhamdulillah, Allah menganugerahkan kami, anak secomel sayang...
Aleeya Qaisara membawa makna Permaisuri yg tertinggi,..Aleeya Qaisara adalah anak kepada Syamsul Izwan dan Siti Noraisyah,..
Aleeya Qaisara adalah permata hati kami yg amat berharga.
Aleeya Qaisara,..besok sayang genap setahun,..Selamat Hari Jadi sayang,..