Wednesday, February 3, 2010

Mommy menangis lg,..

Sayang,..

Sayang tgh tdo skarang ni,..td mata sayang terbuka sekejap biler dgr daddy azan,..Masa mommy solat jemaah ngan daddy, hati mommy terasa sebak dan sayu yg teramat,..mommy cube menahan air mata dpd mengalir,..Selepas mommy mengucup tangan daddy,..daddy buka surah Luqman dan mommy memeluk sayang yg tgh lena,..

Kali ni mommy tak sanggup lg menahan air mata mommy,..tiba2 sayang memegang jari mommy walaupun sayang sedang lena,..deraian air mata mommy kembali mengalir dgn begitu pantas sekali,..daddy segera mengucup pipi mommy,..Ye sayang,..kami amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana menganugerahkan sayang kepada kami,..

Sejak sayang lahir sehingga ke saat ini,..sayang tidak pernah lg menyusahkan kami,..tidak pernah merengek pada waktu malam,..walaupun setiap hari mommy ngan daddy sentiasa mengingati diri kami sendiri agar menjadi tabah dan sabar andaikata sayang mula menunjukkan perangai yg berbeza,..

Mommy bersyukur kerana mommy melalui pengalaman yg terlalu indah sewaktu mengandungkan sayang,..Alhamdulillah,..mommy berjaya puasa penuh sebulan walaupun mommy tgh sarat masuk bulan yg ke 8 pada waktu tersebut,..Sepanjang bulan Ramadhan yg lalu, Allah memberi kudrat untuk mommy bgn Solat Tahajud dan Solat Hajat walaupun mommy hanya mampu solat dlm keadaan duduk,..

Pernah pd suatu malam,..mommy tersedar dan menangis biler melihat daddy yg sedang kusyuk sujud pada tgh malam,..Sehingga ke saat ini,..mommy terlalu bersyukur kerana pengalaman mommy sewaktu melahirkan sayang tidak seteruk orang lain,..

Mommy terlalu takut dengan balasan Allah SWT,..kerana disaat mommy mengandung dan kemudian bersalin,..pada saat itulah Allah menentukan segalanya,..Segala amalan dan perbuatan kita yg lalu,..Mommy percaya segala kemewahan dunia ni tidak akan dpt menandingi kehendak Allah,..

Mommy bersyukur dengan kehadiran sayang ,..
Aleeya Qaisara, mommy menangis lg sayang,...

Mommy,..






1 titipan:

Mommy and Mummy said...

tabahkan hatimu...kak yante percaya aishah seorang yg kuat...kebahagian aishah dan in izo terpacar dgn kehadiran aleeya qaisara...