Monday, February 22, 2010

Buat Kerajaan Malaysia...

Cantik dimata tapi sakit ditelinga

Kali ni sy amat berharap agar entry sy ini 'terbaca/dibaca' oleh MCMC atau sesiapa yg bekerja di dalam sektor kerajaan..Mungkin kerana naluri sebagai seorg ibu dalam diri sy ini bertambah kuat,..segala perilaku atau hal yg berlaku disekitar sy yg melibatkan anak sy dan keluarga sy amat sy titik beratkan.

Semalam, 21 Februari 2009 dr jam 9 mlm sehinggala jam 3.00 pg,..anak sy dan juga anak jiran tetangga tidak dapat tidur kerana 'pencemaran bunyi' yg amat memeningkan sy,..Perbuatan membakar bunga api atau mercun pada suatu ketika dulu amat sy gemari tetapi tidak pada masa ini. Cukupla sekadar ketika menyambut tahun baru atau perkara-perkara penting sahaja. Mungkin juga kerana sambutan perayaan Chap Go Meh,.anak sy tidak dapat tidur dengan lena,..Sy juga terdengar tangisan bayi dr tingkat lain di kawasan rumah sy meminta agar keadaan kembali sunyi..

Sy amat berharap agar, pihak kerajaan mengenakan garis panduan serta mengeluarkan permit yg betul agar mereka tidak bersuka ria melakukan 'pencemaran bunyi' sesuka hati sehingga ke waktu pagi tanpa mengira hati dan perasaan org lain. Bagi sy, perbuatan mereka teramatla "MELAMPAU".

Sekian.

0 titipan: