Wednesday, October 21, 2009

Majlis doa selamat,..



Hari sabtu yg lepas,.17 October telah diadakan majlis doa selamat serta bacaan Yassin untuk sy ,..Kita hanya merancang dan mampu berdoa selebihnya Allah yg akan menentukan segalanya,..Mmg disaat-saat macam ni,..restu, doa dan sokongan semua org amat penting bg sy,..Bersalin ni ibarat bertarung nyawa,..dan walaupun pd saat majlis berlangsung sy masih sedih dan terkilan dgn ketidakhadiran abg sy,..sy tetap kuatkan semangat dan melihat dengan perasaan yg sungguh hiba ketika ibu bapa, suami, kakak dan saudara mara yg lain bertungkus lumus memastikan semua berjalan dgn lancar,..Sy cuba menggagahkan diri ini untuk turut sama membantu ttp sy benar2 dah tak larat dan terdaya,..dan hny duduk di satu sudut dgn harapan masih ada org kampung yg sudi hadir membaca doa untuk keselamatan sy kelak,..

Hati semakin sedih bila pada masa yg sama,..ada 4 majlis kenduri yg diadakan secara serentak,..bak kata abah,.."Abah dah jemput orang masjid lebih kurang 25 org tuk baca Yassin untuk adik,..kalau ada rezeki adik,..datangla diorg,..",..memandangkan ada kenduri lain,.sy tak terlalu berharap dgn kehadiran mereka,..cukupla sekadar doa suami dan keluarga,..

Awal pg lg,..cayang terpaksa ambil alih tugas yg selama ni dipikul oleh abg sy,..terpaksa ke pasar,..menyusun kerusi,..menolong abah dan mengambil mak sedara yg berada di Seremban,..Mujurla ada cayang,..kalau tidak, tak smpi hati rasenya nak melihat keringat tua abah melimpah ruah tanpa bantuan sesiapa apatah lg anak lelakinya sendiri,..Kakak sy pula mmg seorg yg sgt rajin tulang membantu sy dan keluarga sejak dulu lg,..tanpa kehadiran kakak sy dan juga abang ipar sy,..tak mungkin majlis sy berjalan dengan lancar,..sekiranya sy masih mempunyai kudrat yg kuat,..sy pasti akan membantu kakak dan ibu sy menyusun pinggan mangkuk dan mengemas segalanya,..Sy sentiasa berdoa agar mereka sentiasa dipelihara dan dilindungi oleh Allah S.W.T

Tepat jam 11.30 pg,..semakin ramai org dtg ke rumah dan air mata ini menitis lg disaat melihat ruang tamu depan penuh dengan kehadiran org kampung,..yg paling menghibakan ada yg terpaksa duduk di luar setelah bacaan Yassin dimulakan,..dan diri ini dpt melihat mak juga turut bersyukur dgn kehadiran org kampung yg tak diduga,..bak kata mak lang,.."Rezeki siti sbb hari ni mmg ade byk kenduri tp diorg dtg sini",..Walaupun seorg tidak hadir,..ternyata kehadiran org lain amat bermakna buat diri ni,..

Pd saat ini,..9.48 mlm,..kaki sy dah mula membengkak dan susah hendak bergerak,..dan pergerakan baby dlm perut amat sy titikberatkan,..Sy juga bersyukur kerana masih ada rakan-rakan yg sudi menelefon dan menghantar sms untuk memberi kata-kata perangsang,...i really love u guys,..")


2 titipan:

Sha said...

Siti sayang, jaga diri baik2 k. Kami sentiasa doakan semuanya berjalan lancar, Insya Allah. Nanti kita jumpa dan jgn lupa bagitau pula. Take a good care of u.

Mawar said...

Thanks kak sha,..kak sha dgn abang sham doakan siti selamat bersalin k,..:)