Friday, October 23, 2009

Allah mengujiku lg,..

Tatkala saat ini,..sy menghitung hari utk melahirkan anak di dalam perutku ini,..sy sentiasa berdoa agar Allah memberi kekuatan kpd sy dan suami,..tp sejak akhir2 ni,..cayang sentiasa sakit kepala dan sy semakin risau dgn keadaan cayang,..ptg td,.cayang menelefon sy dan memberitahu dia terpaksa dimasukkan ke wad kerana tekanan darah tinggi,..Sy tersentak, panik dan terus menangis setelah talian telefon dimatikan,..dan anak di dalam kandungan ini seakan menyedari kesedihan ibunya dan begitu aktif menendang,..barangkali mahu sy terus kuat dan tabah,..

Cayang ditemani dua sahabat pergi ke hospital Pantai di Bangsar seperti yg diarahkan dan cayang memberitahu sy dia sudah merayu agar menangguhkan kemasukkannya ke wad memandangkan sy akan menjalani pemeriksaan pd hari isnin ini di AP,..Sy tahu jauh disudut hati, cayang juga risau sekiranya tidak dpt hadir ke majlis perkahwinan sahabat karibnya yg disayangi pd hari ahad ini,..

Sy terus berdoa agar keadaan cayang semakin beransur pulih dan doktor hny memberikan cayang 2 hari bekalan ubat dan cayang terpaksa juga masuk ke wad pada hari Isnin ini,.Sy juga akan turut serta menemani cayang bermalam di sana,.

Ya Allah,..aku pasrah dan redha di atas segalanya,..Berilah aku kekuatan untuk menempuh segala dugaanmu ini,..

1 titipan:

Irnie said...

sya, dugaan macam ni will make u a stronger person at heart. hope all is ok.. amiinnn..